Syampu Wanita
October 23, 2022

Punca Rambut Gugur

Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari, ini adalah kadar keguguran rambut yang paling biasa. Rambut gugur adalah proses penipisan rambut semula jadi yang berlaku apabila rambut anda telah siap untuk ditukar dengan rambut baru. Hormon dalam badan juga boleh mempengaruhi tahap rambut gugur kerana ia boleh mempengaruhi kulit kepala dan boleh menyebabkan keguguran rambut.

Jenis Rambut Gugur Atau Jenis Keguguran Rambut

Jenis kehilangan rambut atau rambut selalu gugur ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  1. telogen effluvium
  2. anagen effluvium dan
  3. alopecia areata.

Telogen effluvium berlaku apabila sebahagian rambut memasuki fasa telogen secara tidak normal dan ia menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Anagen effluvium pula berlaku apabila proses pertumbuhan rambut (anagen) terganggu dan ini menyebabkan rambut akan gugur dengan banyak.

Alopecia Areata pula adalah jenis keguguran rambut yang disebabkan oleh gangguan imuniti (sistem imun menyerang folikel rambut atau akar rambut). Ia menyebabkan sebahagian atau keseluruhan rambut gugur secara tiba-tiba dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh dan menyebabkan kehilangan rambut yang serius dan pesakit Alopecia biasanya akan mengalami penipisan rambut yang ketara. Alopecia ialah sejenis keguguran rambut yang dialami oleh selebriti Hollywood (isteri kepada Will Smith)

Rambut Gugur Di Kalangan Lelaki Dan Wanita

Kaum lelaki mengalami masalah rambut gugur, bukan sahaja wanita. Malah, ada lelaki yang mula botak pada umur yang agak muda. Agak normal jika lelaki mengalami keguguran rambut pada umut 60. Tapi masalah rambut gugur di kalangan lelaki jarang mendapat tumpuan kerana jika seorang lelaki itu botak, ia dianggap sebagai gaya rambut. Tapi tidak pada wanita kerana keguguran rambut yang banyak pada wanita ialah satu perubahan fizikal yang boleh menyebabkan pelbagai persepsi dan kesan sosial di kalangan masyarakat.

Baca Juga:   Khasiat Daun Bidara Untuk Rambut

Punca Rambut Gugur? Apakah Punca Keguguran Rambut?

Keguguran rambut adalah keadaan biasa yang menjejaskan sehingga 50% daripada populasi. Terdapat banyak punca rambut gugur, ada yang sementara dan ada yang kekal.

Keguguran rambut sementara boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:

  • Menyikat dan menyikat yang berlebihan
  • Perubahan hormon
  • Kehamilan
  • Tekanan
  • Anemia akibat kekurangan zat besi
  • Penggayaan rambut yang tidak betul (terlalu kerap menggunakan hair dryer sehingga menyebabkan kesihatan rambut terjejas dan menghentikan pertumbuhan rambut dan mengganggu kitaran pertumbuhan rambut)
  • Penjagaan rambut yang tidak betul (pengunaan syampu rambut yang menggunakan bahan kimia yang terlampau)

Keguguran rambut kekal atau teruk disebabkan oleh faktor-faktor seperti:

  • Genetik
  • Rawatan atau perubatan kemoterapi untuk kanser (atau penyakit yang teruk)
  • Botak keturunan atau usia

Rawatan Keguguran Rambut & Penjagaan Rambut

Rambut yang sihat tidak akan banyak gugur. Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut biasanya menganggap ini masalah kecil tapi jika helai rambut yang gugur (harian) semakin banyak, itu adalah tanda masalah penipisan rambut pada kulit kepala dah semakin serius. Bagaimanakah cara mengatasinya?

Rawatan rambut boleh dilakukan dengan beberapa cara. Ia bergantung kepada punca keguguran rambut anda. Doktor akan mengesyaki keguguran rambut anda berpunca daripada folikel rambut yang mati atau hormon lelaki yang berlebihan. Rawatan keguguran rambut boleh melibatkan ubat, rawatan hormon atau rawatan zat besi.

Rawatan hormon untuk keguguran rambut boleh melibatkan suntikan testosteron, minoxidil, dutasteride atau finasteride. Rawatan hormon juga boleh melibatkan penggunaan pil anticonceptionals untuk wanita berusia 18 tahun ke atas yang mengalami keguguran rambut. Cara seperti ini selalunya mahal dan memerlukan sesi perubatan yang panjang.

Anda juga boleh menukar syampu yang biasa anda gunakan dan menggunakan syampu yang menggunakan bahan yang semulajadi dan kurang bahan kimia. Cara ini lebih ekonomi dan boleh memberikan kesan yang positif.

Baca Juga:   Cara Lebatkan Rambut
Bermanfaat? Kongsi lah!

Newsletter

Syampu Wanita
SyampuWanita.com ialah sebuah website produk rawatan rambut gugur dan rambut bermasalah seperti masalah rambut kering, rambut gatal, rambut berbau, rambut kelemumur dan lain-lain.
Produk
  • Kombo

  • Syampu

  • Hair Mist

  • Tonik Rambut

Tips Penjagaan Rambut
Langgan newsletter tips penjagaan rambut
Kami menyokong pembayaran atas talian:
malaysia online banking

Copyright © 2023 Syampu Wanita - Website Design & Manage By SistemNiaga